
zaman saya dulu ada orang datang ke rumah dan tanya beberapa soalan tentang berapa orang tinggal dalam rumah, berapa orang kanak-kanak yang ada, berapa ramai orang dewasa , berapa orang yang kerja, ada air atau elektrik dan beberapa soalan lagi yang saya pun dah lupa.
Kemudian orang tu akan lekat satu kertas sebesar buku 555 ( dia ada buku ini, buat conteng-conteng ) pada dinding depan rumah. Saya anggap kertas tersebut sebagai tanda, rumah ini telah dibanci. Kadang-kadang kertas tersebut bertukar warna dan pudar tak boleh dibaca tetapi masih lagi tersemat di dinding rumah sehingga bertahun-tahun.
Banci adalah data-data yang dikumpulkan ini membolehkan kerajaan tahu secara purata jumlah penduduk negara, pekerjaan penduduk , pendapatan isi rumah dan kemudahan asas. Bila dah tahu, senang untuk buat perbelanjaan negara dan perancangan penyediaan kemudahan penduduk. Data tentang kanak-kanak membolehkan kerajaan merancang pembinaan sekolah baru untuk sesuatu tempat.
INFO Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010
Banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. ( 1970, 1980, 1991 dan 2000 ) akan meliputi semua jenis tempat kediaman dan penduduk (termasuk bukan warganegara) yang tinggal/akan tinggal di tempat kediaman mereka bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2010 pada Hari Banci.
Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010. Hari Banci 2010 telah ditetapkan pada 6 Julai 2010yang jatuh pada hari Selasa iaitu satu hari yang dianggap mempunyai mobiliti penduduk yang minimum.
* mobiliti – perihal mudah bergerak dr satu tempat ke tempat lain, berpindah tempat tinggal, bertukar pekerjaan dsb. ( Kamus Dewan )
Objektif Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010
- Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.
- Menyediakan maklumat yang meluas tentang:
- Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;
- Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;
- Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan
- Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa
- Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi;
- Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.
Ada 3 jenis kaedah pengumpulan data bancian
Sumber : Laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.
p/s:pastikan anda menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia...jangan pulak tak di layan pembanci itu...mereka pn akan menjalankan tanggungjawab yang sama macam anda :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan